Sunday, August 29, 2010

'EDISI KHAS' Keluaran Ke-2


Muka depan Risalah keluaran ke-2 dengan warna Biru

Asalamualaikum warahmatullah…

Alhamdulillah… Risalah Soutu Al-Rohaniah bagi keluaran ke-2 bertemakan " MERDEKA DI AIDILFITRI" sudah diterbitkan pada 27 Ogos 2010 dan sudah mula diedarkan pada 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431 lalu di DPP TM, UUM.

Keluaran risalah pada kali ini diterbitkan dengan ‘EDISI KHAS’ bersempena dengan tarikh hari penting yang terdekat ini iaitu ‘Hari Kebangsaan yakni ‘Hari Kemerdekaan Negara kita yang ke-53 tahun’pada 31 Ogos 2010. Dan juga bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri’ yang akan menjelang kira-kira hampir 2 minggu lagi.

Dengan itu tirai Ramadhan yang mulia akan berlabuh tidak lama lagi. Rebutlah peluang Lailatul Qadar, yang mana hanya sekali dalam setahun dan juga memperbanyakkan menunaikan ibadah ikhlas kerana Allah s.w.t. Pastikan juga, kita dapat beristiqamah untuk meneruskan usaha mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t dalam bulan Ramadhan yang mulia ini pada bulan-bulan yang seterusnya. InshaAllah…

Majoritinya mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Utara Malaysia akan mula pulang ke kampung untuk bercuti Hari Raya pada 2 dan 3 Ogos 2010 ini. Percutian kali ini lebih kurang 2 minggu di kampung halaman. 

Dengan itu, Risalah soutu Al-Rohaniah bagi risalah ke-3 mula dirancang untuk diterbitkan selepas cuti Hari Raya.

Menyentuh mengenai sepintas lalu mengenai perisian Risalah Soutu Al-Rohaniah pada kali ini adalah berkaitan dengan sedikit selingan sejarah hari Kemerdekaan serta penghayatan Kemerdekaan.

Tips merebut Malam Lailatul Qadar di 10 malam-malam terakhir Ramadhan juga disisipkan di sebuah muka surat sebagai panduan dan serba sedikit pemahaman.  InshaAllah, sebelum bercuti Hari raya ini, akan saya cuba keluarkan entry mengenai Tips merebut Malam Lailatul Qadar sebagai serba sedikit panduan di Blog ini.

Selain itu, maklumat keterangan mengenai Hari Raya Aidilfitri dimuatkan pada muka surat ke-13 dan seterusnya. Antaranya seperti maksud Hari Raya Alidilfitri, Zakat Fitrah, Takbir, Simbol terkenal bagi perayaan hari Raya, Amalan lazim dan juga Pakaian. Tidak lupa, dilampirkan juga keterangan sejarah Hari Raya Aidilfitri.

Di sini, saya lekatkan selintas lalu beberapa keping keratan gambar Risalah Soutu Al-Rohaniah bagi keluaran ke-2, Edisi Khas kali ini.


Muka surat ke-2 (INDEPENDENCE DAY OF MALAYSIA) dan muka surat ke-3 (THE NASIONAL SYMBOLS OF MALAYSIA)



Muka surat ke-4 dan ke-5 (GENERASI PASCA MERDEKA)




Muka surat ke-6 (sambungan keterangan mengenai Generasi Pasca Merdeka) dan muka surat ke-7 (EASY VS. DIFFICULT)




Muka surat ke-8 dan 9, Komik Realiti bertajuk "HARI RAYA... DIMANAKAH DIKAU"




Muka surat ke-10 dan 11, Komik Kartun bertajuk "MERDEKA 1001 MAKNA"



Muka ke-12, "TIPS MEREBUT MALAM LAILATUL QADAR" dan muka surat ke-13 "HARI RAYA AIDILFITRI".




Muka surat ke-14, sambungan keterangan Hari Raya Alidilfitri. dan muka surat ke-15 pula, "SEJARAH HARI RAYA AIDILFITRI"


Muka surat ke-16, permainan cabaran minda "SUDOKU"

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita. Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat sejahtera di bawah lindungan dariNya. InshaAllah…

Sekian. Salam Ukhwah dan Selamat Berpuasa.. =)

No comments:

Post a Comment