Friday, October 29, 2010

Risalah Edisi Akhir 2010


Asalamualaikum wa rahmatullah...

Alhamdulillah... Akhirnya, risalah kami yang ke-4 iaitu risalah yang terakhir, penutup edisi risalah bagi tahun ini sudah diterbitkan pada 20 Oktober 2010 lalu. Risalah ini juga sudah habis diedarkan kepada seluruh pelajar muslim DPP TM pada keesokan harinya.

Risalah kali ini berlatarkan hiasan tona merah jambu cair dengan bertemakan Muhasabah diri dan exam. Kandungan risalah kali ini bermula dengan topik "STRESS" & di sambung topik "EXAM" bersempena minggu Peperiksaan akhir semester (Final Exam) yang bakal tiba.

Beberapa subtopik perisian Risalah ke-4 ialah Stress, Kesan stress, Tanda & Gejala Tekanan Mental, Punca Tekanan Mental, Jenis Rawatan(dari segi kerohanian), Bukti Penyakit mental serius!!!, Tokoh (Ahmad Ibrahim), Komik bertajuk "Stress" & "Exam Datang Lagi!!", 10 tip untuk membantu anda dalam peperiksaan, Makanan Yang Baik Untuk Minda, dan 4 Perkara Untuk Sihat.

Jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan penerbitan dari risalah pertama hingga ke-4, terutama dibahagian Biro Infirmasi dan penerbitan yang diibaratkan sebagai "Nadi" dalam penerbitan risalah.

Berikut adalah carta organisasi team Soutu Al-Rohaniah 2010:


InshaAllah, pada semester depan kita akan berjumpa lagi dengan wajah-wajah baru dan juga Edisi yang terbaru. Sebarang penambah baikan atau cadangan bolehlah dibuat pada email souturohaniah iaitu, tmsouturihaniah@yahoo.com.

InshaAllah, saya akan postkan beberapa entry mengenai kandungan Risalah-risalah yang lalu.

Salam Ukhwah dari kami team Soutu Al-Rohaniah...

Sunday, October 10, 2010

Topik Menarik: FB & Kejadian Manusia



Asalamualaikum wa rahmatullah...

Entry kali ini, saya ingin masukkan serba sedikit mengenai sinopsis Risalah Soutu Al-Rohaniah Edisi yang ke-3 yang telah diterbitkan pada 1 Oktober 2010. 

Edisi risalah kali ini berlatarkan hiasan warna Oren pekat  sebagai kulit risalah. Bertemakan 2 tajuk yang agak menarik iaitu "Facebook & Proses Kejadian Manusia." Selain itu, dimuatkan juga 2 muka muka surat untuk sudut "Interesting Facts" dan "Cara Khusyuk Dalam Solat".

FACEBOOK


Tajuk Facebook dimuatkan pada muka ke-2 dalam risalah hingga muka surat ke-7 (termasuk komik mengenai Facebook). Disini, diterangkan mengenai fenomena Facebook(FB) yang menyerap dengan begitu pantas di seluruh dunia.

Kebaikan FB diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan FB. Namun, seiring perkembangan positif, laman interaktif sosial FB turut menyumbang kepada pelbagai gejala negatif. Dimana, pelbagai kejadian negatif telah berlaku. 

Di samping itu, berlaku juga individu yang ketagihan dalam tidak disedarinya. Merasa gelisah dan tak senang duduk jika tidak berdekatan dengan intenet. Di muka surat ke-4 risalah, ada dimuatkan  10 Ciri-ciri Ketagihan FB. Penyelesaian ketagihan FB boleh dilakukan menggunakan pendekatan ekstrem, kompromi mahupun psikologi.

"Alangkah baiknya kalau dapat berFB hari-hari...tapi kalau tak dapat pun tak apa." Kata-kata dan pemikiran seperti ini mungkin juga dapat membantu individu yang tidal dapat berpisah dengan FB walau sehari.

PROSES KEJADIAN MANUSIA


Bagi tajuk Proses Kejadian Manusia pula, dimulakan dengan muatan pada muka surat ke-8 (Komik 2 muka surat). Seterusnya disambung pada muka 12 hingga 15 mengenai "Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran." 

Proses Kejadian Manusia terdiri daripada 6 peringkat. Bermula pada peringkat pertama iaitu "Nutfah", iaitu selepas peersenyawaan atau minggu pertama. 

Kemudian diikuti dengan peringkat ke-2 iaitu "Alaqah" pada hujung minggu pertama/ hari ketujuh. Pada hari tersebut, telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim. 

Seterusnya pada peringkat ke-3, "Mudghah", dimana di peringkat (minggu keempat) ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang dan anggota-angota lain. Jantung bayi mula berdegup. Darah lebih banyak mengalir ke situ bagi mengekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

Pada peringkat ke-4, iaitu "Izam dan Lahm" pada minggu ke-5, 6 dan 7. Dimana pada peringkat ini ialah pembentukan tulang belulang, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Peringkat ke-5 adalah "Nasy'ah Khalqan Akhar", minggu ke-8, beberapa perubahan lagi berlaku. Ia sudah masuk ke peringkat janin.

Dan akhirnya pada peringkat ke-6 adalah "Nafkhur-Ruh". Dimana ia adalah peringkat peniupan roh.

* Setakat itu serba sedikit perisian untuk risalah Soutu Al-Rohaniah bagi edisi ke-3. InshaAllah, Edisi seterusnya akan menyusul.

Sekian, Salam Ukhwah...