Asalamualaikum wa rahmatullah...
Entry kali ini, saya ingin masukkan serba sedikit mengenai sinopsis Risalah Soutu Al-Rohaniah Edisi yang ke-3 yang telah diterbitkan pada 1 Oktober 2010.
Edisi risalah kali ini berlatarkan hiasan warna Oren pekat sebagai kulit risalah. Bertemakan 2 tajuk yang agak menarik iaitu "Facebook & Proses Kejadian Manusia." Selain itu, dimuatkan juga 2 muka muka surat untuk sudut "Interesting Facts" dan "Cara Khusyuk Dalam Solat".
FACEBOOK
Tajuk Facebook dimuatkan pada muka ke-2 dalam risalah hingga muka surat ke-7 (termasuk komik mengenai Facebook). Disini, diterangkan mengenai fenomena Facebook(FB) yang menyerap dengan begitu pantas di seluruh dunia.
Kebaikan FB diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan FB. Namun, seiring perkembangan positif, laman interaktif sosial FB turut menyumbang kepada pelbagai gejala negatif. Dimana, pelbagai kejadian negatif telah berlaku.
Di samping itu, berlaku juga individu yang ketagihan dalam tidak disedarinya. Merasa gelisah dan tak senang duduk jika tidak berdekatan dengan intenet. Di muka surat ke-4 risalah, ada dimuatkan 10 Ciri-ciri Ketagihan FB. Penyelesaian ketagihan FB boleh dilakukan menggunakan pendekatan ekstrem, kompromi mahupun psikologi.
"Alangkah baiknya kalau dapat berFB hari-hari...tapi kalau tak dapat pun tak apa." Kata-kata dan pemikiran seperti ini mungkin juga dapat membantu individu yang tidal dapat berpisah dengan FB walau sehari.
PROSES KEJADIAN MANUSIA
Bagi tajuk Proses Kejadian Manusia pula, dimulakan dengan muatan pada muka surat ke-8 (Komik 2 muka surat). Seterusnya disambung pada muka 12 hingga 15 mengenai "Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran."
Proses Kejadian Manusia terdiri daripada 6 peringkat. Bermula pada peringkat pertama iaitu "Nutfah", iaitu selepas peersenyawaan atau minggu pertama.
Kemudian diikuti dengan peringkat ke-2 iaitu "Alaqah" pada hujung minggu pertama/ hari ketujuh. Pada hari tersebut, telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim.
Seterusnya pada peringkat ke-3, "Mudghah", dimana di peringkat (minggu keempat) ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang dan anggota-angota lain. Jantung bayi mula berdegup. Darah lebih banyak mengalir ke situ bagi mengekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
Pada peringkat ke-4, iaitu "Izam dan Lahm" pada minggu ke-5, 6 dan 7. Dimana pada peringkat ini ialah pembentukan tulang belulang, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Peringkat ke-5 adalah "Nasy'ah Khalqan Akhar", minggu ke-8, beberapa perubahan lagi berlaku. Ia sudah masuk ke peringkat janin.
Dan akhirnya pada peringkat ke-6 adalah "Nafkhur-Ruh". Dimana ia adalah peringkat peniupan roh.
* Setakat itu serba sedikit perisian untuk risalah Soutu Al-Rohaniah bagi edisi ke-3. InshaAllah, Edisi seterusnya akan menyusul.
Sekian, Salam Ukhwah...
No comments:
Post a Comment