Friday, October 29, 2010

Risalah Edisi Akhir 2010


Asalamualaikum wa rahmatullah...

Alhamdulillah... Akhirnya, risalah kami yang ke-4 iaitu risalah yang terakhir, penutup edisi risalah bagi tahun ini sudah diterbitkan pada 20 Oktober 2010 lalu. Risalah ini juga sudah habis diedarkan kepada seluruh pelajar muslim DPP TM pada keesokan harinya.

Risalah kali ini berlatarkan hiasan tona merah jambu cair dengan bertemakan Muhasabah diri dan exam. Kandungan risalah kali ini bermula dengan topik "STRESS" & di sambung topik "EXAM" bersempena minggu Peperiksaan akhir semester (Final Exam) yang bakal tiba.

Beberapa subtopik perisian Risalah ke-4 ialah Stress, Kesan stress, Tanda & Gejala Tekanan Mental, Punca Tekanan Mental, Jenis Rawatan(dari segi kerohanian), Bukti Penyakit mental serius!!!, Tokoh (Ahmad Ibrahim), Komik bertajuk "Stress" & "Exam Datang Lagi!!", 10 tip untuk membantu anda dalam peperiksaan, Makanan Yang Baik Untuk Minda, dan 4 Perkara Untuk Sihat.

Jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan penerbitan dari risalah pertama hingga ke-4, terutama dibahagian Biro Infirmasi dan penerbitan yang diibaratkan sebagai "Nadi" dalam penerbitan risalah.

Berikut adalah carta organisasi team Soutu Al-Rohaniah 2010:


InshaAllah, pada semester depan kita akan berjumpa lagi dengan wajah-wajah baru dan juga Edisi yang terbaru. Sebarang penambah baikan atau cadangan bolehlah dibuat pada email souturohaniah iaitu, tmsouturihaniah@yahoo.com.

InshaAllah, saya akan postkan beberapa entry mengenai kandungan Risalah-risalah yang lalu.

Salam Ukhwah dari kami team Soutu Al-Rohaniah...

No comments:

Post a Comment