Wednesday, November 3, 2010

Meeting risalah terakhir edisi 2010

Asalamualaikum wa rahmatullah...


Entry kali ini, saya sisipkan bingkisan sekitar berlangsungnya meeting terakhir pada tahun ini. Di sini saya paste kan beberapa keping gambar sekitar meeting tersebut.





Inilah 3 orang Ex-oficio Soutu Al-Rohaniah


Sedang melihat-lihat hasil cetakan risalah ke-4 (yang tu komik tentang stress)


Mendengar komen-komen


Para AJK sedang melihat dan mengemaskan risalah yang baru diterbitkan


Gambar-gambar di atas adalah terdiri daripada semua AJK yang terlibat dalam penerbitan Risalah Soutu Al-Rohaniah. Meeting terakhir ini telah berlansung pada 20 Oktober 2010 di bilik galeri DPP TM.

Sekian untuk entry kali ini. Semoga bertemu lagi. Salam ukhwah.

Friday, October 29, 2010

Risalah Edisi Akhir 2010


Asalamualaikum wa rahmatullah...

Alhamdulillah... Akhirnya, risalah kami yang ke-4 iaitu risalah yang terakhir, penutup edisi risalah bagi tahun ini sudah diterbitkan pada 20 Oktober 2010 lalu. Risalah ini juga sudah habis diedarkan kepada seluruh pelajar muslim DPP TM pada keesokan harinya.

Risalah kali ini berlatarkan hiasan tona merah jambu cair dengan bertemakan Muhasabah diri dan exam. Kandungan risalah kali ini bermula dengan topik "STRESS" & di sambung topik "EXAM" bersempena minggu Peperiksaan akhir semester (Final Exam) yang bakal tiba.

Beberapa subtopik perisian Risalah ke-4 ialah Stress, Kesan stress, Tanda & Gejala Tekanan Mental, Punca Tekanan Mental, Jenis Rawatan(dari segi kerohanian), Bukti Penyakit mental serius!!!, Tokoh (Ahmad Ibrahim), Komik bertajuk "Stress" & "Exam Datang Lagi!!", 10 tip untuk membantu anda dalam peperiksaan, Makanan Yang Baik Untuk Minda, dan 4 Perkara Untuk Sihat.

Jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan penerbitan dari risalah pertama hingga ke-4, terutama dibahagian Biro Infirmasi dan penerbitan yang diibaratkan sebagai "Nadi" dalam penerbitan risalah.

Berikut adalah carta organisasi team Soutu Al-Rohaniah 2010:


InshaAllah, pada semester depan kita akan berjumpa lagi dengan wajah-wajah baru dan juga Edisi yang terbaru. Sebarang penambah baikan atau cadangan bolehlah dibuat pada email souturohaniah iaitu, tmsouturihaniah@yahoo.com.

InshaAllah, saya akan postkan beberapa entry mengenai kandungan Risalah-risalah yang lalu.

Salam Ukhwah dari kami team Soutu Al-Rohaniah...

Sunday, October 10, 2010

Topik Menarik: FB & Kejadian Manusia



Asalamualaikum wa rahmatullah...

Entry kali ini, saya ingin masukkan serba sedikit mengenai sinopsis Risalah Soutu Al-Rohaniah Edisi yang ke-3 yang telah diterbitkan pada 1 Oktober 2010. 

Edisi risalah kali ini berlatarkan hiasan warna Oren pekat  sebagai kulit risalah. Bertemakan 2 tajuk yang agak menarik iaitu "Facebook & Proses Kejadian Manusia." Selain itu, dimuatkan juga 2 muka muka surat untuk sudut "Interesting Facts" dan "Cara Khusyuk Dalam Solat".

FACEBOOK


Tajuk Facebook dimuatkan pada muka ke-2 dalam risalah hingga muka surat ke-7 (termasuk komik mengenai Facebook). Disini, diterangkan mengenai fenomena Facebook(FB) yang menyerap dengan begitu pantas di seluruh dunia.

Kebaikan FB diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan FB. Namun, seiring perkembangan positif, laman interaktif sosial FB turut menyumbang kepada pelbagai gejala negatif. Dimana, pelbagai kejadian negatif telah berlaku. 

Di samping itu, berlaku juga individu yang ketagihan dalam tidak disedarinya. Merasa gelisah dan tak senang duduk jika tidak berdekatan dengan intenet. Di muka surat ke-4 risalah, ada dimuatkan  10 Ciri-ciri Ketagihan FB. Penyelesaian ketagihan FB boleh dilakukan menggunakan pendekatan ekstrem, kompromi mahupun psikologi.

"Alangkah baiknya kalau dapat berFB hari-hari...tapi kalau tak dapat pun tak apa." Kata-kata dan pemikiran seperti ini mungkin juga dapat membantu individu yang tidal dapat berpisah dengan FB walau sehari.

PROSES KEJADIAN MANUSIA


Bagi tajuk Proses Kejadian Manusia pula, dimulakan dengan muatan pada muka surat ke-8 (Komik 2 muka surat). Seterusnya disambung pada muka 12 hingga 15 mengenai "Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran." 

Proses Kejadian Manusia terdiri daripada 6 peringkat. Bermula pada peringkat pertama iaitu "Nutfah", iaitu selepas peersenyawaan atau minggu pertama. 

Kemudian diikuti dengan peringkat ke-2 iaitu "Alaqah" pada hujung minggu pertama/ hari ketujuh. Pada hari tersebut, telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim. 

Seterusnya pada peringkat ke-3, "Mudghah", dimana di peringkat (minggu keempat) ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang dan anggota-angota lain. Jantung bayi mula berdegup. Darah lebih banyak mengalir ke situ bagi mengekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

Pada peringkat ke-4, iaitu "Izam dan Lahm" pada minggu ke-5, 6 dan 7. Dimana pada peringkat ini ialah pembentukan tulang belulang, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Peringkat ke-5 adalah "Nasy'ah Khalqan Akhar", minggu ke-8, beberapa perubahan lagi berlaku. Ia sudah masuk ke peringkat janin.

Dan akhirnya pada peringkat ke-6 adalah "Nafkhur-Ruh". Dimana ia adalah peringkat peniupan roh.

* Setakat itu serba sedikit perisian untuk risalah Soutu Al-Rohaniah bagi edisi ke-3. InshaAllah, Edisi seterusnya akan menyusul.

Sekian, Salam Ukhwah...

Tuesday, August 31, 2010

Majlis Berbuka Puasa Team Soutu Al-Rohaniah

Asalamualaikum wa rahmatullah...

Bingkisan posting kali ini saya sekadar sematkan sekitar berlangsungnya "Majlis Berbuka Puasa Soutu Al-Rohaniah", yang telah diadakan pada 28 Ogos lalu. Majlis ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan lagi ukhwah di antara team alhi-ahli jawatankuasa dan juga mantan-mantan yang telah menjayakan Risalah Soutu AL-Rohaniah.

Majlis Berbuka puasa ini telah diadakan di Cafe Al-Hayyu di DPP tm. Di sini saya lekatkan beberapa hiasan gambaran sekitar majlis sepanjang berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa tersebut.













Mudah-mudahan ukhwah yang terbina berkekalan dan mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t..

SALAM UKHWAH DARI KAMI...

Sunday, August 29, 2010

'EDISI KHAS' Keluaran Ke-2


Muka depan Risalah keluaran ke-2 dengan warna Biru

Asalamualaikum warahmatullah…

Alhamdulillah… Risalah Soutu Al-Rohaniah bagi keluaran ke-2 bertemakan " MERDEKA DI AIDILFITRI" sudah diterbitkan pada 27 Ogos 2010 dan sudah mula diedarkan pada 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431 lalu di DPP TM, UUM.

Keluaran risalah pada kali ini diterbitkan dengan ‘EDISI KHAS’ bersempena dengan tarikh hari penting yang terdekat ini iaitu ‘Hari Kebangsaan yakni ‘Hari Kemerdekaan Negara kita yang ke-53 tahun’pada 31 Ogos 2010. Dan juga bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri’ yang akan menjelang kira-kira hampir 2 minggu lagi.

Dengan itu tirai Ramadhan yang mulia akan berlabuh tidak lama lagi. Rebutlah peluang Lailatul Qadar, yang mana hanya sekali dalam setahun dan juga memperbanyakkan menunaikan ibadah ikhlas kerana Allah s.w.t. Pastikan juga, kita dapat beristiqamah untuk meneruskan usaha mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t dalam bulan Ramadhan yang mulia ini pada bulan-bulan yang seterusnya. InshaAllah…

Majoritinya mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Utara Malaysia akan mula pulang ke kampung untuk bercuti Hari Raya pada 2 dan 3 Ogos 2010 ini. Percutian kali ini lebih kurang 2 minggu di kampung halaman. 

Dengan itu, Risalah soutu Al-Rohaniah bagi risalah ke-3 mula dirancang untuk diterbitkan selepas cuti Hari Raya.

Menyentuh mengenai sepintas lalu mengenai perisian Risalah Soutu Al-Rohaniah pada kali ini adalah berkaitan dengan sedikit selingan sejarah hari Kemerdekaan serta penghayatan Kemerdekaan.

Tips merebut Malam Lailatul Qadar di 10 malam-malam terakhir Ramadhan juga disisipkan di sebuah muka surat sebagai panduan dan serba sedikit pemahaman.  InshaAllah, sebelum bercuti Hari raya ini, akan saya cuba keluarkan entry mengenai Tips merebut Malam Lailatul Qadar sebagai serba sedikit panduan di Blog ini.

Selain itu, maklumat keterangan mengenai Hari Raya Aidilfitri dimuatkan pada muka surat ke-13 dan seterusnya. Antaranya seperti maksud Hari Raya Alidilfitri, Zakat Fitrah, Takbir, Simbol terkenal bagi perayaan hari Raya, Amalan lazim dan juga Pakaian. Tidak lupa, dilampirkan juga keterangan sejarah Hari Raya Aidilfitri.

Di sini, saya lekatkan selintas lalu beberapa keping keratan gambar Risalah Soutu Al-Rohaniah bagi keluaran ke-2, Edisi Khas kali ini.


Muka surat ke-2 (INDEPENDENCE DAY OF MALAYSIA) dan muka surat ke-3 (THE NASIONAL SYMBOLS OF MALAYSIA)



Muka surat ke-4 dan ke-5 (GENERASI PASCA MERDEKA)




Muka surat ke-6 (sambungan keterangan mengenai Generasi Pasca Merdeka) dan muka surat ke-7 (EASY VS. DIFFICULT)




Muka surat ke-8 dan 9, Komik Realiti bertajuk "HARI RAYA... DIMANAKAH DIKAU"




Muka surat ke-10 dan 11, Komik Kartun bertajuk "MERDEKA 1001 MAKNA"



Muka ke-12, "TIPS MEREBUT MALAM LAILATUL QADAR" dan muka surat ke-13 "HARI RAYA AIDILFITRI".




Muka surat ke-14, sambungan keterangan Hari Raya Alidilfitri. dan muka surat ke-15 pula, "SEJARAH HARI RAYA AIDILFITRI"


Muka surat ke-16, permainan cabaran minda "SUDOKU"

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita. Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat sejahtera di bawah lindungan dariNya. InshaAllah…

Sekian. Salam Ukhwah dan Selamat Berpuasa.. =)

Saturday, August 28, 2010

Sepintas Mengenai Pengenai Keluaran Pertama Risalah EDISI Ke-3


Muka depan Risalah Soutu Al-Rohaniah keluaran ke-3

Asalamualaikumwarahmatullah...

Alhamdulillah...akhirnya risalah bagi keluaran pertama kami sudah pun siap dan sudahpun diedarkan di setiap blok di DPP kami, Kolej TM pada 17 dan 18 Ogos lalu.

Disini, kami paparkan sepintas lalu bagi pengenalan keluaran pertama bagi Edisi ke-3 Risalah Soutu Al-Rohaniah bagi tahun ini. Keluaran Risalah kami bagi kali ini bertemakan " CINTA & RAMADHAN". 

Untuk keluaran kali ini, kami memilih warna yang agak terang, iaitu kuning (seperti warna ini) bagi menghiasi muka depan risalah. (Harap maaf, kualiti gambar yang dipaparkan di sini agak gelap dan tidak begitu terang.) 

Risalah kami mengandungi 16 muka surat termasuk kulit risalah. Selain informasi mengenai tajuk dari Tema terpilih, kami juga menyisipkan sedikit ruangan  bagi Tokoh Islam dan juga komik kartun serta komik realiti yang berkaitan dengan Tema yang kami pilih di setiap keluaran.

Disini, kami paparkan beberapa lintasan keratan gambar dari risalah yang sudah diterbitkan bagi keluaran pertama.


Muka surat ke-2



Love in Islam, Love of Allah, Love of Prophet Muhammad



Muka surat ke-3 (Human Love, Love between Man & Woman





Muka surat ke-4 (Impersonal Love, Interpersonal Love)



Muka surat ke-5 ( Love in Buddhism, Love in Hinduism, Love in Christianity)





Muka ke-6 (Komik kartun)



Komik tertajuk "cinta jarak jauh"



Muka ke-8 (Komik realiti)



Komik bertajuk "Ramadhan datang lagi"



Muka surat ke-10 dan 11



Interesting Facts and Tokoh Islam (Syed Qutb- Penulis kitab Tafsir fi Zilalil Quran)



Muka surat ke 12 (Ramadhan, Berbuka dengan buah kurma)



Muka surat ke-13 [Tips persiapan Bulan Ramadhan- 1. I'dad Ruhi Imani (Persiapam roh keimanan)]





Muka surat ke-14 [2. I'dad Jasad (Persiapan Fizikal), 3. I'dad Maaliyah (Persiapan harta)]



Muka surat ke-15 [4. I'dad Fikri wa Ilmi (Persiapan intelektual dan keilmuan)





Muka surat ke-16 (Objektif dan matlamat)

InshaAllah, paparan keterangan lanjut mengenai perisian dalam risalah keluaran ketiga ini akan menyusul kemudian.

Nantikan risalah keluaran ke-2 kami dengan bertemakan " MERDEKA DI AIDILFITRI". dihiasi tona warna biru muda sebagai kulit risalah kami. Ada sedikit kelainan dalam risalah keluaran kedua ini. Alhamdulillah, ia sudah pun siap dicetak, cuma menunggu masa untuk diedarkan. 

Mudah-mudahan, segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna... InshaAllah..

*** InshaAllah, maklumat risalah edisi lepas akan kami cuba sisipkan seberapa yang boleh pada masa akan datang.. 

Terima Kasih dan Salam Ukhwah... =)

Tuesday, August 17, 2010

MULAI BLOG

Welcome Pictures, Images and Photos


Asalamualaikumwarahmatullah...

Ahlan Wasahlan, Welcome dan Selamat Datang kepada pengunjung-pengunjung yang baru bertandang ke Blog Risalah Soutu Al-Rohaniah. 

Kini Soutu Al-Rohaniah beralih selangkah kepada informasi melalui blog. Segala perkembangan terbaru dan perisian serta fakta-fakta yang diterbitkan oleh risalah kami akan mula di paparkan di blog ini. 

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan Risalah Soutu Al-rohaniah hingga edisi 3. InsyaAllah, keluaran pertama risalah kami bagi edisi baru ini akan diterbitkan pada lewat pertengahan bulan ini.

Mudah-mudahan anda beroleh sebanyak mungkin informasi bermanfaat dari Risalah Soutu Al-Rohaniah.